Free Icons Home Free Icons Latar Belakang Free IconsAktiviti

Wednesday 30 March 2011

Pertandingan Mewarna

Ini aktiviti cuti sekolah first time dibuat dekat PJK. Masa ni PJK Sg Klah bergabung dengan PJK Trolak Utara. Penuh la PJK dengan kanak-kanak masa ni..Walaupun letih, tapi seronak sangat melihat gelagat kanak-kanak yang comel ni.

Yang seronak kalau join Aktiviti dekat PJK, yang kalah pun mesti dapat hadiah juga. Jadi tak de la jelous dengan orang yang menang. 

Jom kita lihat aksi adik-adik masa pertandingan ni, macam-macam aksi ada. Masa pertandingan ni, jenuh la urusetia tolong adik-adik ni mengasah pensil warna mereka. Sampai rosak pengasah pensil yang PJK punya. Nasib baik ada back up. 
























* Terima kasih kepada kanak-kanak tadika kemas Felda Trolak Utara dan gurunya sebab sudi datang PJK Sg Klah, dan tidak lupa juga pada Pengurus PJK Felda Trolak Utara, En Halis Syafik sebab tolong bawa kanak-kanak tadika ni.. Tukar jawatan jap jadi driver diorang.*

Sunday 27 March 2011

Digital Story Telling

17 Mac 2011 yang lepas, Pusat Jalurlebar Komuniti Felda Sg Klah telah mengadakan bengkel untuk pelajar Sekolah Menengah. Bengkel yang dianjurkan ialah bengkel photoscape dan juga bengkel Photo Story.
Seramai 8 orang peserta telah menyertai pertandingan ini yang bermula jam 3.00 pm hingga 6.00pm. Selepas selesai mengikuti  bengkel photoscape dan juga bengkel Photo Story, berlangsung pula pertandingan Digital Story Telling.

Semua peserta yang mengikuti pertandingan ini mempunyai kreativi masing-masing. Walaupun mereka hanya menjalani sesi pembelajaran hanya 1 jam sahaja, tetapi hasil kerja mereka patut diberi pujian. Para peserta mampu untuk menghasilkan video yang bermutu. Tahniah kepada semua peserta..

Kepada yang menang diucapkan TAHNIAH dan kepada yang tidak menang, anda bukan tidak bagus..adat pertandingan ada kalah dan ada yang menang..lain kali boleh cuba lagi.


Jom kita lihat hasil kerja para pemenang untuk pertandingan Digital Story Telling.

Pemenang tempat pertama


Tempat kedua


Tempat ketiga


Setakat ini sahaja yang ingin saya kongsi pada kali ini.
Jika ada cadangan yang bagus untuk aktiviti cuti sekolah akan datang,
 jangan segan-segan kongsi pendapat dengan penyelia di PJK Sg klah.

Tuesday 22 March 2011

Bengkel Photoscape





Cuti sekolah datang lagi!!!

Masa cuti sekolah mesti adik-adik tak tahu nak buat apa kat rumah kan...
Jadi, dikesempatan ni, cuti sekolah yang lepas Pusat Jalurlebar Komuniti Sg Klah
 telah mengadakan bengkel photoscape.
 bukan ade wat bengkel je, 
PJK Sg Klah juga buat pertandingan mengolah 
gambar menggunakan aplikasi photoscape..


Jom kita tengok aksi adik-adik kita semasa bengkel dan juga pertandingan...


Adik shahira, dia menang tempat kedua...

Adik Amira tengah kusyuk tu...

Aiman hakim tengah fikir nak letak gambar apa lagi..

Azira, kenapa letak merry christmas plak kat gambar tu?

Adam, antara peserta paling muda

Aiman.. pemenang tempat kedua..

Hisyam macam tak ada idea je..


Aliff adalah orang bertuah pada pertandingan
 kali ini kerana telah menjadi Johan...
best tau hadiah dia dapat...

Bergambar bersama semua peserta...
tahniah pada yang menang..
yang kalah, boleh cuba lain kali..
cuti sekolah akan datang ada lagi aktiviti lain..