Free Icons Home Free Icons Latar Belakang Free IconsAktiviti

Sunday 27 March 2011

Digital Story Telling

17 Mac 2011 yang lepas, Pusat Jalurlebar Komuniti Felda Sg Klah telah mengadakan bengkel untuk pelajar Sekolah Menengah. Bengkel yang dianjurkan ialah bengkel photoscape dan juga bengkel Photo Story.
Seramai 8 orang peserta telah menyertai pertandingan ini yang bermula jam 3.00 pm hingga 6.00pm. Selepas selesai mengikuti  bengkel photoscape dan juga bengkel Photo Story, berlangsung pula pertandingan Digital Story Telling.

Semua peserta yang mengikuti pertandingan ini mempunyai kreativi masing-masing. Walaupun mereka hanya menjalani sesi pembelajaran hanya 1 jam sahaja, tetapi hasil kerja mereka patut diberi pujian. Para peserta mampu untuk menghasilkan video yang bermutu. Tahniah kepada semua peserta..

Kepada yang menang diucapkan TAHNIAH dan kepada yang tidak menang, anda bukan tidak bagus..adat pertandingan ada kalah dan ada yang menang..lain kali boleh cuba lagi.


Jom kita lihat hasil kerja para pemenang untuk pertandingan Digital Story Telling.

Pemenang tempat pertama


Tempat kedua


Tempat ketiga


Setakat ini sahaja yang ingin saya kongsi pada kali ini.
Jika ada cadangan yang bagus untuk aktiviti cuti sekolah akan datang,
 jangan segan-segan kongsi pendapat dengan penyelia di PJK Sg klah.

3 comments:

  1. spe yg menang tempat pertama tu...

    ReplyDelete
  2. bangga la sape dapat tempat pertama tu..nk tls nama penuh dia ke? no tel pun ada, alamat pun ade jgk ni

    ReplyDelete
  3. mcm mne bole taw pemenaqng tu punye no tel.....

    ReplyDelete