Free Icons Home Free Icons Latar Belakang Free IconsAktiviti

Monday 21 February 2011

Homestay Sg Klah best..



Felda Sg Klah sememangnya dikenali dengan kawasan pelancongannya yang menarik. Tempat-tempat pelancongan ini sentiasa dilawati oleh para pengunjung terutamanya pada hujung minggu. Ada yang membawa keluarga bercuti dan ada juga yang melakukan program berpersatuan seperti kajian oleh pelajar universiti dan sebagainya. Terpanggil dengan keadaan ini,penduduk Felda Sg Klah telah mencari inisiatif untuk menyediakan kemudahan homestay sebagai alternatif kepada HotSpring yang dikelolakan oleh pihak pengurusan Felda. 

Homestay Felda Sg Klah telah didaftarkan dibawah Program 'Inapdesa' anjuran Kementerian Pelancongan Negeri Perak dan mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelancongan. Terdapat lebih kurang 37 buah rumah di Felda Sg Klah yang mengambil bahagian dalam projek homestay ini. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan kepada para pengunjung seperti pakej sewa bilik dan sewa sebuah rumah. Kadar sewaan yang ditawarkan juga sangat berpatutan iaitu diantara RM80 bagi sewa bilik dan RM 200 untuk sewa sebuah rumah untuk sehari semalam.


Antara rumah yang menyertai Homestay Klah. Rumah Puan Sabariah 

Aktiviti yang dijalankan untuk peserta Homestay Klah. Peserta sedang bermain congkak.


Semangat betul menari





Peserta dah nak balik


 Bergambar untuk kenang-kenangan



Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan homestay ini bolehlah menghubungi;

Setiausaha homestay Perak 
Puan Sa'adiah Mohamed 
E-mel : deeklahhomestay@yahoo.com 
tel : 013-5907698.

En said bin Napiah
tel : 016-5554917




     



Sunday 20 February 2011

Infrastruktur di Felda Sg Klah

Semenjak ditubuhkan, ini adalah infrastruktur yang ada di gugusan Felda Sungai Klah. Kepada sesiapa yang tidak pernah menjejakkan kaki ke sini. Gambar yang dipaparkan sedikit sebanyak dapat mencerminkan keadaan di Felda Sg Klah. 



  Nama ikan kelah diambil bagi menamakan Felda Sg Klah


 Jalan masuk ke gugusan Felda Sg Klah





Kalau nak ke Hotspring Sg Klah, boleh belok kiri atau jalan terus pun boleh



Nampak tak bangunan dekat atas bukit tu, disitu ada 
Pusat Jalurlebar Komuniti dengan koperasi felda.

Pusat Jalurlebar komuniti felda Sg Klah.
Jika mahu gunakan internet, boleh datang sini.
Cas dia tersangat lah murah dan yang paling penting internet laju.
kalau tak percaya boleh datang sini.
(P1 wimax)


Pejabat Koperasi



Felda Sg Klah ini terkenal dengan Klah Homestay. 





Sekolah Agama Rakyat

Masjid Jamek felda Sg Klah.. Senang sahaja nak cari masjid ini. 

 Sekolah Rendah


Antara kedai makan yang terdapat di Felda Sg Klah. kedai ini berhampiran dengan sekolah.


Ini gambar Pejabat Felda Sg Klah. Majoriti penduduk akan berurusan disini.

Ini dataran Klah Homestay. 
Ditubuhkan pada tahun 2010.
Baru lagi tempat ini. 
Sesiapa nak buat majlis perkahwinan boleh sewa dewan ni. 
Jika mahu sewa, boleh hubungi pihak Homestay.




Kedai makan ini terletak bersebelahan dengan D'mart


Sesiapa yang sakit bolehlah datang kesini. Klinik desa Felda Sg Klah

Ini adalah jururawat yang bertugas di Klinik Desa Felda Sg Klah.
 kalau tidak silap jururawat dalam gambar tu sudah pindah tempat lain.

Tempat makan lagi


Komplek belia. Kalau nak bersukan boleh datang sini.


D'mart Sg Klah. Mahu shopping boleh datang sini.
 Bersebelahan dengan pejabat Felda.


Dewan JKKR. 
Jika ada mesyuarat atau aktiviti, buat dekat dewan ini.


Ini bilik GPW


Anak-anak yang belajar di tadika kemas Sg Klah

Masih ada lagi gambar yang tidak ada, akan menyusul kemudian hari..

Felda Sg Klah

Nama Felda Sungai Klah diambil sempena nama ikan kelah yang terdapat di sungai Sungkai sinonim dengan lokasi tanah rancangan yang terletak di Mukim Sungkai, Perak.Ditubuhkan pada tahun 1961, Felda Sungai Klah terletak dalam daerah Batang Padang. Kawasan ini meliputi lebih kurang 1,568.58 hektar.


Pada awal penubuhan, tanaman utama di Felda  Sungai Klah  terhad kepada tanaman getah. Namun, rata –rata peneroka disini telah bertukar kepada ke tanaman kelapa sawit bagi menaik taraf kehidupan masing-masing. Namun masih ada segelintir penduduk yang masih mengusahakan tanaman getah dan juga mengerjakan ladang buah-buahan untuk menjana pendapatan sampingan.

Uniknya rancangan Felda Sungai Klah adalah populasi penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, India dan Orang Asli berbandingan tanah rancangan Felda lain yang didominasi oleh kaum Melayu.
Terdapat 369 buah keluarga peneroka di tanah rancangan ini.  Jumlah penduduk yang yang tinggal disini dianggar seramai 1845 orang.

Komposisi penduduk disini adalah seperti berikut;
• 304 buah keluarga terdiri daripada kaum Melayu
• 28 buah keluarga berbangsa Cina 
• 37 keluarga berbangsa India. 
• Kaum orang asli sebagai minoriti. 


Tarikan utama di Felda Sungai Klah adalah Taman Rekreasi Air Panas atau lebih dikenali sebagai “Hot Spring” dan juga perusahaan Homestay dan Perkampungan Orang Asli Tesong . Perkampungan Orang Asli Tesong terletak kira-kira 12 km daripada persimpangan masuk ke Felda Sungai Klah.