Free Icons Home Free Icons Latar Belakang Free IconsAktiviti

Monday 21 February 2011

Homestay Sg Klah best..



Felda Sg Klah sememangnya dikenali dengan kawasan pelancongannya yang menarik. Tempat-tempat pelancongan ini sentiasa dilawati oleh para pengunjung terutamanya pada hujung minggu. Ada yang membawa keluarga bercuti dan ada juga yang melakukan program berpersatuan seperti kajian oleh pelajar universiti dan sebagainya. Terpanggil dengan keadaan ini,penduduk Felda Sg Klah telah mencari inisiatif untuk menyediakan kemudahan homestay sebagai alternatif kepada HotSpring yang dikelolakan oleh pihak pengurusan Felda. 

Homestay Felda Sg Klah telah didaftarkan dibawah Program 'Inapdesa' anjuran Kementerian Pelancongan Negeri Perak dan mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelancongan. Terdapat lebih kurang 37 buah rumah di Felda Sg Klah yang mengambil bahagian dalam projek homestay ini. Terdapat pelbagai pakej yang ditawarkan kepada para pengunjung seperti pakej sewa bilik dan sewa sebuah rumah. Kadar sewaan yang ditawarkan juga sangat berpatutan iaitu diantara RM80 bagi sewa bilik dan RM 200 untuk sewa sebuah rumah untuk sehari semalam.


Antara rumah yang menyertai Homestay Klah. Rumah Puan Sabariah 

Aktiviti yang dijalankan untuk peserta Homestay Klah. Peserta sedang bermain congkak.


Semangat betul menari





Peserta dah nak balik


 Bergambar untuk kenang-kenangan



Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan homestay ini bolehlah menghubungi;

Setiausaha homestay Perak 
Puan Sa'adiah Mohamed 
E-mel : deeklahhomestay@yahoo.com 
tel : 013-5907698.

En said bin Napiah
tel : 016-5554917




     



No comments:

Post a Comment