Free Icons Home Free Icons Latar Belakang Free IconsAktiviti

Sunday 20 February 2011

Felda Sg Klah

Nama Felda Sungai Klah diambil sempena nama ikan kelah yang terdapat di sungai Sungkai sinonim dengan lokasi tanah rancangan yang terletak di Mukim Sungkai, Perak.Ditubuhkan pada tahun 1961, Felda Sungai Klah terletak dalam daerah Batang Padang. Kawasan ini meliputi lebih kurang 1,568.58 hektar.


Pada awal penubuhan, tanaman utama di Felda  Sungai Klah  terhad kepada tanaman getah. Namun, rata –rata peneroka disini telah bertukar kepada ke tanaman kelapa sawit bagi menaik taraf kehidupan masing-masing. Namun masih ada segelintir penduduk yang masih mengusahakan tanaman getah dan juga mengerjakan ladang buah-buahan untuk menjana pendapatan sampingan.

Uniknya rancangan Felda Sungai Klah adalah populasi penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, India dan Orang Asli berbandingan tanah rancangan Felda lain yang didominasi oleh kaum Melayu.
Terdapat 369 buah keluarga peneroka di tanah rancangan ini.  Jumlah penduduk yang yang tinggal disini dianggar seramai 1845 orang.

Komposisi penduduk disini adalah seperti berikut;
• 304 buah keluarga terdiri daripada kaum Melayu
• 28 buah keluarga berbangsa Cina 
• 37 keluarga berbangsa India. 
• Kaum orang asli sebagai minoriti. 


Tarikan utama di Felda Sungai Klah adalah Taman Rekreasi Air Panas atau lebih dikenali sebagai “Hot Spring” dan juga perusahaan Homestay dan Perkampungan Orang Asli Tesong . Perkampungan Orang Asli Tesong terletak kira-kira 12 km daripada persimpangan masuk ke Felda Sungai Klah.

No comments:

Post a Comment